Penceroboh Bunuh 13 Badak Spesis Terancam

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUWAHATI, India: Sekumpulan penceroboh di timur laut India telah membunuh 13 ekor badak sumbu bagi spesis yang terancam sejak dua bulan lalu, kata pegawai pada Jumaat apabila satu lagi pembunuhan bertambah yang menimbulkan kebimbangan mengenai bilangan yang terkorban semakin bertambah.

Serangan itu berlaku di sekitar Taman Negara Kaziranga di negeri Assam, yang merupakan habitat bagi lebih dua pertiga badak sumbu dunia yang tembak mati oleh penceroboh.

Renjer hutan pada Khamis ditugaskan untuk melindungi spesis yang terancam itu dalam pertempuran bersenjata selama lebih tujuh jam tetapi gagal untuk melindungi haiwan yang lain daripada dibunuh.

“Penceroboh membunuh badak itu dan mengambil tanduknya. Dalam tempoh dua bulan, mereka telah membunuh 13 badak,” kata warden taman Kaziranga, N.K. Vasu kepada AFP.

Pakar hidupan liar berkata, harga untuk setiap tanduk badak sumbu menyaingi dengan emas dan nilainya menarik perhatian sindiket antarabangsa.

China merupakan pasaran utama di mana ia menggunakkannya untuk tujuan perubatan dan barangan kemas manakala di Vietnam pula mempercayai tanduk badak sumbu boleh menyembuhkan kanser dan boleh menaikkan tenaga batin.

“Kita tidak boleh duduk sahaja dan melihat badak-badak dibunuh hampir setiap hari,” kata Apurba Das, yang merupakan seorang penyokong pemuliharaan hidupan liar di Assam.

Sekurang-kurangnya sebanyak 21 badak terbunuh pada tahun lepas. - AFP

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan