Roket Mendarat Di Bandar Israel - Berita Dunia | mStar

Roket Mendarat Di Bandar Israel

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERUSALEM: Sebuah roket yang dipercayai ditembak dari Semenanjung Gaza telah mendarat berhampiran bandar purba Ashkelon di Selatan Israel.

Ia adalah kejadian yang pertama seumpamanya sejak November tahun lalu.

Menurut Micky Rosenfeld,jurucakap polis tempatan, roket yang ditembak itu telah merosakkan sebatang jalan raya tetapi tiada siapa yang tercedera atau maut.

Semenanjung Gaza dikuasai oleh puak Hamas Palestin yang tidak diiktiraf oleh Israel.

Hamas dan Israel telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selepas kedua-dua belah pihak melepaskan beribu roket sepanjang lapan hari berturut-turut pada November lalu yang menyaksikan 177 warga awam Palestin dan enam Israel terkorban.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan