Politik Itali Huru-Hara Selepas Tiada Parti Menang Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baru

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROM: Politik Itali kini berada dalam keadaan terumbang-ambing selepas pilihan raya parlimen mendapati, tidak ada parti yang berjaya menguasai undi dua pertiga mahupun majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru.

Pemimpin Parti Demokratik, Pier Luigi Bersani dan gabungannya yang berhaluan kiri kini menguasai 29.55 peratus undi berbanding 29.18 peratus lagi dikuasai oleh parti bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 99.9 peratus undi telah pun habis dikira dan mereka tidak memperolehi pemenang yang jelas.

Bagaimanapun pilihan raya untuk memilih anggota senator bagi mengisi 305 ahli Dewan Negara, menunjukkan parti gabungan yang diterajui Berlusconi memenangi 110 kerusi berbanding 97 kerusi oleh Parti Demokrat dan sekutunya.

Majoriti untuk kedua-dua buah dewan diperlukan sebagai pra-syarat membentuk sebuah kerajaan baru.

Sebuah parlimen yang tergantung belum pernah terjadi dalam sejarah Itali selepas tamatnya perang dunia.

Pier Luigi Bersani sendiri berkata, situasi yang sedang dihadapi oleh Itali sekarang sangat kritikal dan rumit.

Situasi semasa ini juga menyaksikan kemunculan sebuah kuasa ketiga iaitu Pergerakan Lima Bintang (M5S) yang dipelopori oleh pelawak yang kini bertukar menjadi politikus popular, Beppe Grillo.

Tanpa sebarang pakatan atau gabungan M5S kini merupakan parti tunggal terbesar di Dewan Rakyat dengan menguasai 25.55 peratus undi yang bersamaan dengan 110 wakil di Dewan Rakyat.

Para penganalisis khuatir, ketidaktentuan ini akan membawa bencana kepada ekonomi ketiga terbesar dalam Zon Euro selepas Jerman dan Perancis.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan