Indonesia Pertama Nikmati Khidmat Wang BBM

Diterbitkan: Rabu, 27 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Indonesia telah dipilih sebagai tapak ujian bagi perkhidmatan wang mudah alih pertama BlackBerry melalui BlackBerry Messenger, yang dikenali sebagai BBM Money.

Perkhidmatan yang dilancarkan di sini pada Selasa dengan kerjasama Bank Permata Indonesia itu, akan membolehkan pengguna BlackBerry memindahkan wang kepada kenalan mereka melalui perkhidmatan BBM.

Harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, memetik T A McCann, Naib Presiden BlackBerry Messenger, sebagai berkata, bahawa Indonesia dipilih kerana ia adalah pasaran terkemuka bagi BBM.

"Indonesia mempunyai jumlah penduduk dan pengguna cergas BBM terbesar," katanya.

Seramai 60 juta orang di seluruh dunia menggunakan BBM dan peratusan pengguna cergas harian BBM di Indonesia melebihi purata global, 60 peratus, katanya.

BBM Money, katanya, diperkenalkan untuk memperluas penggunaan BBM selain sembang. Untuk mengakses perkhidmatan ini, pengguna BlackBerry mestilah memuat turun aplikasi dari BlackBerry World, kemudian mendaftar nama, nombor telefon dan kata laluan mereka melalui aplikasi itu untuk mendapatkan akaun BBM Money.

McCann berkata Bank Permata, yang sebahagiannya dimiliki oleh Standard Chartered plc, akan bertanggungjawab bagi pengurusan transaksi kewangan, manakala PT Agit Monitise Indonesia adalah pemaju aplikasi itu.

Menurutnya, BlackBerry bersikap terbuka terhadap rakan kongsi kewangan lain. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan