Program 'Kereta Api Sarung' Turut Diadakan Di Bandar Utama Amerika

Diterbitkan: Isnin, 25 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Program 'Kereta Api Sarung', yang memasuki tahun kedua di Kuala Lumpur, kini turut didakan untuk julung kalinya di tiga bandar raya utama Amerika - Washington D.C, Boston dan Philadelphia.

Program ini menyaksikan penumpang menaiki kereta api dengan memakai sarung.

Program Kereta Api Sarung 2013 menarik minat mereka yang tinggal di Amerika untuk menyertai acara unik ini, walaupun dalam keadaan cuaca yang sejuk hingga ke tulang.

InsightPR, LLC, sebuah syarikat perhubungan awam yang ditubuhkan di Virginia oleh rakyat Malaysia, membuat hebahan melalui media sosial tentang pelancaran program itu di Washington DC, Boston, Philadelphia dan New York City.

Pengarah kreatifnya Lara Zaaba, 28, berkata hujan tidak mematahkan semangat orang ramai untuk menyertai program itu pada Sabtu dan mereka ternyata gembira dengan perhatian yang diterima.

"Kami gembira kerana mendapat ramai kawan baharu," kata Lara.

Penganjur utama acara itu, Random Alphabets (RA), sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan, mengatur program berkenaan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

"Matlamat kami hanyalah untuk mempertemukan orang untuk membolehkan mereka bergembira," kata Zain HD, 28, dari RA.

Di Boston, Yasmin Saulnier, yang membantu menganjurkan program itu, berkata: "Kami semua sungguh gembira dan berharap dapat menyertainya sekali lagi pada tahun depan."

Reggi Pagan, warga Amerika yang tinggal di kawasan metro Boston pula berkata walaupun tidak pernah mendengar tentang sarung, namun keunikan pakaian itu menarik mintnya untuk menyertai acara Kereta Api Sarung 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan