Pengebom Berani Mati Ditembak Mati Di Zon Diplomatik Di Afghanistan

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KABUL: Pasukan keselamatan Afghanistan pada Ahad menembak mati sekurang-kurangnya seorang yang dipercayai pengebom berani mati di kawasan berkeselamatan tinggi di Kabul, kawasan jabatan-jabatan kerajaan dan misi diplomatik, kata polis.

Keganasan di seluruh negara telah meningkat sejak 12 bulan lepas, mencetuskan kebimbangan bagaimana pasukan keselamatan Afghanistan dengan 350,000 kekuatan akan menguruskan negara apabila kebanyakan tentera asing menarik diri pada akhir 2014.

Tembakan berlaku berhampiran tapak pembinaan yang telah diserbu oleh lelaki bersenjata Taliban pada April tahun lepas.

Ia dimulakan dengan serangan sembilan jam melalui tembakan roket di kedutaan barat dan hotel berdekatan yang sering dikunjungi orang asing.

Lelaki yang ditembak mati pada Ahad meletakkan kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya di pinggir Sherpur, apabila pegawai dari Direktorat Keselamatan Kebangsaan (NDS) melepaskan tembakan pada keretanya dan menyebabkan dia terbunuh.

Terdapat laporan bahawa penyerang lain telah melarikan diri tetapi belum disahkan.

Lelaki yang akan melakukan pengeboman itu memakai baju yang sarat dengan bahan letupan dan bersenjata apabila dia ditembak mati, Ketua Polis Kabul General Ayoub Salangi memberitahu Reuters.

Kereta itu juga dipenuhi bahan letupan dan pasukan keselamatan telah cuba untuk mematikannya sejam kemudian.

Serangan itu dibuat pada pagi yang sama pengeboman di wilayah timur Nangarhar dan Logar, yang membunuh seorang pegawai polis dan dua ejen NDS.

Tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden di Kabul.

Pada Januari enam pengebom berani mati menyerang kawasan NDS di pusat bandar Kabul, membunuh dua pengawal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan