Kereta Melambung, 28 Penonton Cedera

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAYTONA BEACH: Kira-kira 28 penonton mengalami kecederaan apabila kereta pemandu Kyle Larson melambung ke udara dan serpihan kenderaan berterbangan ke arah penonton pada perlumbaan pembuka tirai kereta NASCAR, pagi Ahad.

Presiden Litar Antarabangsa Daytona, Joie Chitwood berkata, seramai 14 penonton yang mengalami kecederaan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala 14 lagi diberi rawatan di litar terbabit.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan mengenai sekurang-kurangnya dua orang cedera parah dan seorang lagi dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.

"Tidak sesuai bagi saya untuk membuat ulasan berkaitan perkara itu pada masa ini," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan