10 Gempa Bumi Landa Cina Dalam Empat Hari Timbulkan Kebimbangan

Diterbitkan: Ahad, 24 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China dilanda 10 gempa bumi dengan magnitud empat ke atas dalam tempoh empat hari sejak 18 Feb dan kejadian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang awam.

Dongfang Daily yang berpangkalan di Shanghai melaporkan pada Jumaat sahaja, berlaku enam gempa bumi dalam tempoh 10 jam. "Pada 19 Februari, beberapa bandar di wilayah Sichuan digegar dengan gempa bumi," lapor akhbar itu.

Akhbar harian itu memetik kenyataan Biro Gempa Bumi Guangdong sebagai berkata gempa terbaharu dengan magnitud 4.8 yang melanda negeri Dongyuan di Heyuan pada 11:34 pagi Jumaat, hanya satu kilometer dari kawasan lain yang dilanda gempa bumi.

Kejadian beberapa siri gempa bumi itu menimbulkan kebimbangan orang ramai akan kemungkinan berlaku gempa yang lebih besar.

Bagaimanapun, pakar dari China University of Geosciences, Prof Wan Tianfeng berkata semua gempa bumi itu di bawah magnitud enam, yang dianggap sebagai gempa bumi yang tidak membawa kemusnahan.

"Ini adalah aktiviti normal bumi, orang ramai tidak perlu panik terhadap perkara ini," katanya sebagaimana dipetik akhbar itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan