Tiga Terbunuh Dalam Adegan Tembakan, Kemalangan Di Las Vegas

Diterbitkan: Sabtu, 23 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAS VEGAS: Tiga orang terbunuh di tengah-tengah Las Vegas, awal Khamis apabila seorang atau lebih lelaki bersenjata yang menaiki Range Rover melepaskan tembakan ke atas kereta jenis Maserati, menyebabkan kereta tersebut berlanggar dengan kenderaan lain dan pemandunya terbunuh.

Pemandu kereta Maserati meninggal dunia dalam tembakan yang berlaku sebelum subuh apabila keretanya hilang kawalan serta merempuh teksi yang membawa dua penumpang, jurucakap pegawai polis Metropolitan Las Vegas, Jose Hernandez berkata.

Teksi meletup dan terbakar di persimpangan Las Vegas Boulevard dan Flamingo Road, kawasan pelancongan popular di hadapan beberapa resort kasino, membunuh pemandunya dan penumpang.

"Terdapat satu dentuman kuat dan saya mendengar dua letupan lain. Saya memandang keluar tingkap saya di Caesars Palace ... dan dapat melihat bebola api," saksi, John Lamb telah dipetik sebagai berkata pada laman web 8News Now Las Vegas KLAS-TV.

Bunyi tembakan dan perlanggaran di persimpangan yang sibuk berhampiran Bellagio dan Caesars Palace hotel mencetuskan satu lagi kemalangan yang melibatkan empat kenderaan lain.

Sekurang-kurangnya empat orang cedera termasuk penumpang dalam Maserati, dan Range Rover, kata Hernandez.

Pihak berkuasa enggan mendedahkan mana-mana mangsa tetapi akhbar Las Vegas Review Journal dan KLAS-TV mengenal pasti pemandu Maserati sebagai penyanyi rap Kenneth Cherry Jr.

Video muzik di Youtube menunjukkan beliau menari rap dari kereta Maserati berwarna Perak.

Peguam Vicki Greco, yang mewakili Cherry memberitahu Reuters belia ada berhubung dengan keluarga dan rakan-rakannya dan mereka "amat berdukacita" dengan berita bahawa dia telah dibunuh.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan