Gegaran Gempa Bumi Di China Dirasai Di Hong Kong

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HONG KONG: Gempa bumi bermagnitud 4.8 menggegarkan selatan China di wilayah Guangdong sebelum tengah hari Jumaat turut dirasai ribuan penduduk di Hong Kong.

Jabatan Pemantau Hong Kong berkata, gempa bumi yang menggegarkan selatan China itu turut dirasai 180 kilometer arah utara negara terbabit.

“Orang ramai merasai gegaran itu ketika berada di dalam rumah.

"Mereka melaporkan objek yang digantungkan di luar rumah bergegar untuk beberapa saat,” kata pegawai saintifik jabatan itu, Leung Yin-kong di sini, Jumaat.

Susulan kejadian itu, lebih 5,000 penduduk menghubungi agensi berkenaan bagi melaporkan gegaran terbabit.

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan diterima. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan