20 Terkorban Pengeboman Di Hyderabad, India

Diterbitkan: Jumaat, 22 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HYDERABAD (India): Pengeboman berkembar pada Khamis, di luar pawagam popular dan perhentian bas di bandar Hyderabad yang membunuh sekurang-kurangnya 20 orang mencetuskan kebimbangan keselamatan di kalangan pasukan kriket Australia.

Perdana Menteri Manmohan Singh berkata pelaku "perbuatan pengecut" itu tidak akan terlepas daripada hukuman.

Ia berlaku ketika negara sedang berwaspada selepas bantahan penggantungan yang dikenakan terhadap pemisah di rantau penduduk majoriti Islam di Kashmir.

Pengeboman pada waktu petang menyasarkan daerah penduduk penganut Hindu di Hyderabad, hab industri pengkomputeran India di negeri selatan Andhra Pradesh yang menjadi pejabat Google dan Microsoft tempatan bersama syarikat-syarikat IT Barat yang lain.

Saksi berkata, salah satu satu bom meletup kira-kira 15 kilometer dari pintu masuk pawagam Cinema Venkatadri yang terletak di daerah peruncitan popular, Dilsukh Nagar dan yang kedua meletup di perhentian bas berdekatan.

Letupan pertama dilihat berlaku ketika penonton keluar dari pawagam setelah filem tamat. Ada yang berlindung di gerai makanan apabila letupan kuat itu berlaku.

Seorang menteri kerajaan berkata bom yang meletup dengan pantas dan berturut-turut telah diletakkan pada basikal.

Bangkai skuter yang diletakkan di tepi jalan tersadai di atas tanah, bercampur dengan darah dan kasut mangsa, termasuk dua wanita.

Doktor berusaha merawat mangsa yang cedera dan berlumuran darah yang terlantar di atas pengusung di hospital bandar sambil saudara-mara bersedih terhadap malapetaka yang berlaku, kata jurugambar AFP yang menyaksikan kejadian.

Hyderabad dijadualkan menjadi tuan rumah perlawanan ujian antara Australia dan India dari Mac 2 ini tetapi kenyataan dari Australia berkata pihaknya kini dalam perbincangan dengan pihak berkuasa India dan menekankan bahawa keselamatan pemain adalah "penting".

Timbalan inspektor polis Hyderabad Shiv Kumar berkata tidak ada sebarang syak bahawa "ini adalah satu serangan keganasan".

20 orang mati dalam serangan itu, kata Kumar, manakala seorang pegawai di bilik kawalan polis berkata 82 orang telah cedera.

Sreekanth Rao, seorang doktor di hospital Yashoda di bandar ini berkata beberapa orang-orang yang cedera berada dalam keadaan mengancam nyawa.

"Lima orang sedang dibedah. Kami terpaksa memotong kaki seorang wanita berusia 22 tahun kerana itu adalah satu-satunya cara kita boleh menyelamatkannya," katanya kepada AFP.

"Ini adalah satu tindakan pengecut dan yang bersalah tidak akan terlepas daripada dihukum," kata Perdana Menteri, Singh terhadap serangan paling serius untuk di India sejak 13 orang mati dalam pengeboman 2011 di luar Mahkamah Tinggi di ibu negara New Delhi.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan