Presiden Indonesia Pecat Pegawai Cerai Isteri Guna SMS

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Rabu bertindak memecat seorang pegawai daerah yang menceraikan isteri kedua yang dikahwininya selepas empat hari, dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).

Tindakan tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk di daerah itu.

Susulan tindakan Aceng Fikri itu, rakyat Indonesia mendesak pegawai daerah Garut berkenaan dipecat daripada jawatannya.

Siasatan yang dilakukan ke atas lelaki berusia 40 tahun itu mendapati mendapati beliau telah melanggar pelbagai undang-undang dalam perkahwinannya.

Akibatnya, Aceng dicadangkan supaya dipecat dan keputusan itu kemudiannya disahkan Mahkamah Agung.

Susilo telah menandatangani surat pemecatan ke atas Aceng pada Rabu,’’ kata Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan