PM Tunisia Letak Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamadi Jebali
Hamadi Jebali

TUNIS: Perdana Menteri Tunisia, Hamadi Jebali pada Rabu berkata beliau sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden Moncef Marzouki selepas gagal membentuk sebuah kerajaan baru bagi menamatkan krisis politik di negara itu.

"Saya berjanji dan memberi jaminan untuk itu (bentuk kerajaan baru), namun inisiatif saya gagal. Saya akan meletak jawatan sebagai ketua kerajaan," kata Jebali dalam ucapan yang disiarkan di televisyen selepas bermesyuarat bersama Marzouki.

Jebali, yang berusaha untuk membentuk sebuah kerajaan teknokrat ditolak oleh partinya sendiri, Ennahda pada Selasa.

"Ini adalah satu kekecewaan yang besar," katanya.

"Kita dihampakan dengan kelas politik. Kita mesti pulihkan keyakinan.”

"Kegagalan inisiatif saya tidak bermakna kegagalan Tunisia atau kegagalan revolusi," katanya, merujuk kepada kebangkitan negara itu dua tahun lalu untuk menggulingkan seorang diktator lama. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan