Kanak-Kanak Lelaki Dibunuh, Disimen Jadi Patung

Diterbitkan: Khamis, 21 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan umum Karang Tembok, Surabaya pada Selasa malam, ketika anggota keluarga dan ratusan penduduk kampung mengebumikan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga setengah tahun, yang dibunuh dan disimen menjadi patung oleh seorang jirannya.

Laporan media tempatan menyebut pembunuhan kejam Fahri Khusaeni Romadhon itu terbongkar tengah hari Selasa apabila penduduk yang mencari kanak-kanak itu menjumpainya di belakang rumah seorang jiran di kawasan Jalan Endrosono, Surabaya dalam keadaan sudah menjadi patung simen, setelah mencari sumber bau busuk dari rumah itu.

Tanpa memecahkan simen itu, mereka sudah mengenali bahawa ia adalah jasad Fahri kerana rupa bentuk 'patung' itu mirip ukuran badannya dan penemuan itu terus dilaporkan kepada polis.

Fahri dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.

Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu dan sedang menyiasat motif pembunuhan.

Suspek yang dilaporkan mempunyai latar belakang gangguan jiwa, ditahan petang Selasa, tidak lama selepas penemuan jasad Fahri.

Seorang jurucakap polis Daerah Pelabuhan Tanjung Perak, Surabaya berkata suspek dipercayai membunuh dengan cara menghempasnya beberapa kali ke lantai.

Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad membunuh Fahri kerana berasa sakit hati dengan bapa kanak-kanak itu dan dengan alasan takut dibunuh, suspek membunuh anak jirannya itu terlebih dahulu.

Polis sedang memeriksa kesihatan mental suspek selain menyiasat sama ada orang lain yang tinggal bersama suspek di dalam rumah berkenaan, yang kini sudah dikosongkan, turut terlibat dalam kejadian itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan