Pesawat Pejuang Yaman Terhempas, 11 Terkorban

Diterbitkan: Rabu, 20 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANAA: Sebuah pesawat tempur udara Yaman terhempas di tengah-tengah bandar Sanaa pada Selasa, membunuh sekurang-kurangnya 11 orang dan mencederakan 15 yang lain, kata sumber keselamatan.

Kementerian Pertahanan, menerusi mesej teks berkata pesawat sedang melakukan penerbangan latihan ketika terhempas di daerah kediaman Barat.

Gambar kemalangan di laman media sosial menunjukkan mayat berhampiran bangkai pesawat yang rentung.

Beberapa buah kereta terbakar dan serpihan bersepah di atas jalan.

Seorang pegawai tentera berkata pesawat itu merupakan pesawat pejuang/serangan darat Russian SU-22.

Yaman mempunyai 30 buah pesawat jenis SU-22 dan empat pesawat pejuang SU-22UM3 dalam tentera udaranya dengan 79 pesawat yang berkemampuan secara keseluruhan, menurut buku rujukan 'Military Balance', Institut Kajian Strategik Antarabangsa 2012.

Pada bulan November 2012, pesawat pengangkut tentera Yaman terhempas berhampiran lapangan terbang Sanaa dan terbakar, membunuh semua 10 orang di atas kapal.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan