Saya Lepaskan Tembakan Kerana Takutkan Penceroboh - Pistorius

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Atlet Olimpik Oscar Pistorius berdiri ketika pendengaran mahkamah di Pretoria, Afrika Selatan, Selasa. -Foto AP
Atlet Olimpik Oscar Pistorius berdiri ketika pendengaran mahkamah di Pretoria, Afrika Selatan, Selasa. -Foto AP

PRETORIA: Wira sukan Afrika Selatan, Oscar Pistorius pada Selasa menegaskan dia tidak berniat untuk membunuh teman wanitanya selepas dituduh melakukan tembakan berkali-kali ke arah pintu bilik mandi yang terkunci dalam apa yang dikatakan pendakwa sebagai pembunuhan Hari Valentine "yang direncanakan terlebih dahulu".

"Saya tidak mempunyai niat untuk membunuh teman wanita saya Reeva Steenkamp," katanya yang berusia 26 tahun, dalam suatu afidavit yang dibacakan ketika pendengaran mahkamah di Pretoria, komen terbuka pertama sejak pembunuhan pada 14 Februari.

Majistret Desmond Nair memberi bayangan jelas bahawa jaguh sukan ini tidak akan dibebaskan dengan ikat jamin dan boleh menghadapi pertuduhan terhadap pembunuhan yang direncanakan terlebih dahulu.

Tetapi Pistorius berkata dia melepaskan tembakan ke arah pintu bilik mandi di mana kekasihnya berusia 29 tahun bersembunyi kerana "diselubungi dengan ketakutan dahsyat" terhadap seseorang telah menyelinap ke dalam rumah mewahnya di Pretoria melalui tingkap yang terbuka.

"Saya melepaskan tembakan di pintu dan menjerit di tandas," katanya dalam afidavit itu. "Kami saling mencinta dan boleh lebih bahagia."

Pendakwaraya Gerrie Nel memberitahu mahkamah bahawa Pistorius memegang senjata, meletakkan di atas kaki palsunya, berjalan tujuh meter dan melepaskan empat tembakan melalui pintu bilik mandi yang dikunci, memukul Steenkamp yang dalam ketakutan sebanyak tiga kali dan menyebabkannya cedera parah.

"Dia tidak boleh pergi mana-mana," katanya, sambil menambah bahawa Pistorius telah "menembak dan membunuh seorang wanita yang tidak bersalah dan tidak bersenjata".

Beliau berkata Steenkamp, siswazah undang-undang dan model tiba di rumah Pistorius pada petang Rabu dengan beg untuk bermalam, bagi menolak dakwaan atlet itu yang mendakwa dia telah tersilap dengan identiti penceroboh.

Ketika pendengaran mahkamah dijalankan di bandar Afrika Selatan, Steenkamp sedang dikebumikan di majlis penuh emosi di kampungnya di Port Elizabeth.

Pistorius, yang bersedih pada pendengaran Selasa, apabila nama Steenkamp disebut, menjadi inspirasi kepada jutaan peminat apabila dia menjadi atlet Olimpik dan Paralimpik.

Tetapi kerjayanya telah ditangguhkan sejak kes ini, memaksanya membatalkan perlumbaan di Australia, Brazil, Britain dan Amerika Syarikat antara Mac dan Mei.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan