Gempa Kuat Landa Kepulauan New Zealand

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Satu gempa kuat berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan kawasan Kepulauan Kermadec, New Zealand awal pagi Isnin.

Gempa tersebut dikesan pada pukul 12.19 pagi waktu tempatan (8.19 malam waktu Malaysia semalam) pada kedalaman 34 kilometer, kira-kira 161 kilometer di selatan Pulau Raoul di Kermadecs yang tidak berpenghuni.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa tersebut. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan