Asean Suarakan Kebimbangan Terhadap Kesan Ujian Nuklear Bawah Tanah Korea Utara

Diterbitkan: Selasa, 19 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Negara anggota Asean menyuarakan kebimbangan mendalam mengenai kesan terhadap keamanan dan kestabilan serantau akibat ujian nuklear bawah tanah oleh Korea Utara yang dilaporkan baru-baru ini.

Dalam kenyataan Pengerusi yang dikeluarkan Sekretariat Asean di sini pada Selasa, perkumpulan serantau itu mendesak Korea Utara supaya mematuhi sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap semua Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang berkaitan dan kepada komitmennya di bawah Pernyataan Bersama Rundingan Enam Pihak pada 19 September 2005.

Resolusi UNSC itu adalah 1718 (2006), 1874 (2009) dan 2087 (2013).

Asean turut menegaskan semula sokongan padunya terhadap segala usaha untuk membawa persekitaran aman di Semenanjung Korea dalam cara yang baik dan menyambung segera Rundingan Enam Pihak.

"Asean selanjutnya menekankan kepentingan dialog bertujuan saling menggalakkan persefahaman dan keyakinan dalam kalangan semua pihak yang berkaitan dengan memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Semenanjung Korea," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan