Rangkaian Paip Minyak Utara Iraq Lumpuh Akibat Serangan Bom - Berita Dunia | mStar

Rangkaian Paip Minyak Utara Iraq Lumpuh Akibat Serangan Bom

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Kementerian Minyak Iraq berkata, satu letupan bom berlaku semalam menyebabkan rangkaian paip minyak dari sebuah loji penapisan terbesar negara itu lumpuh di wilayah utara negara itu.

Jurucakap kementerian berkenaan, Assem Jihad, berkata pasukan teknikal sudah memulakan operasi membaiki rangkaian paip berkenaan sebaik serangan itu. Beliau berkata, rangkaian paip yang terjejas adalah paip dari loji penapis Beiji ke Wilayah Ninevah.

Beliau menjangkakan ia mengambil masa beberapa hari lagi sebelum rangkaian paip itu pulih semula.

Setakat ini tiada yang cedera akibat letupan bom berkenaan. - AP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan