Cahaya Kilat Luar Biasa Dilapor Dilihat Di California

Diterbitkan: Isnin, 18 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Beberapa jam selepas meteor terhempas dan menyebabkan letupan di Rusia dan lebih 1,000 kecederaan serta kejadian asteroid bergerak hampir dengan Bumi, penduduk di California melaporkan melihat cahaya kilat luar biasa di seluruh kawasan San Francisco Bay yang menyebabkan ramai terkejut dan berasa seram.

Berdasarkan laporan, cahaya di langit di utara California adalah meteor Sporadis, atau bola api, dan bukan meteor besar, menurut Pengurus Operasi Persatuan Meteor Amerika di Genesee, New York, Mike Hankey.

Kumpulan itu mencatatkan sekurang-kurangnya 35 laporan kejadian itu, katanya.

"Bola api ini berlaku setiap malam di seluruh dunia," katanya.

Pakar mengatakan meteor kecil melanda bumi sebanyak lima hingga 10 kali setahun tetapi peluang untuk meteor besar, seperti yang mengejutkan penduduk di Chelyabinsk, Rusia, adalah jarang-jarang berlaku.

Pada Jumaat, 'Chabot Space' dan Pusat Sains di Oakland juga dilaporkan menerima panggilan menyatakan apa yang dilihat seperti bola api terbang di bahagian barat sekitar pukul 8 malam.

Jonathan Braidman, seorang pengajar di pusat itu, menyifatkan objek tersebut, berdasarkan laporan, berkemungkinan menjadi sebahagian kecil daripada asteroid yang mungkin bertembung dengan bumi.

"Ini adalah kejadian yang sangat biasa,"kata Braidman.

"Apa yang luar biasa apabila ia begitu dekat dengan tempat tinggal manusia."

Media Bay Area melaporkan bola api dilaporkan dilihat dari kawasan Gilroy, kira-kira 80 batu (130 kilometer) dari selatan San Francisco, Sacramento, kira-kira 90 batu (145 kilometer) ke timur laut.

Seorang penonton memberitahu stesen televisyen NBC11, objek warna kebiruan muncul dan kelihatan akan menuju terus ke tanah.

Penduduk di San Leandro, Krizstofer Loid memberitahu KTVU-TV bahawa dia sedang duduk di atas kerusi di belakang rumahnya ketika dia melihat objek.

"Saya nampak, seperti cahaya biru dari langit yang akan datang ke bawah. Saya fikir ia adalah bunga api, tetapi saya tidak mendengar apa-apa bunyi," katanya.

Teleskop besar pusat tidak merakamkan objek tersebut, ahli astronomi Gerald McKeegan memberitahu KGO TV.

"Perhatian media terhadap apa yang berlaku di Rusia mendapat perhatian ramai, jadi mereka lebih cenderung untuk melihat apa yang berlaku di langit," kata Hankey.

Ketika bola api di kawasan San Francisco Bay pada malam Jumaat menerima banyak perhatian, Braidman memberitahu kira-kira 15,000 tan serpihan asteroid memasuki atmosfera bumi setiap tahun.

"Biasanya ia pecah kepada serpihan kecil dan sukar untuk mencari," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan