Dua Terbunuh, Lapan Cedera Dalam Satu Lagi Letupan Di Pattani

Diterbitkan: Ahad, 17 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kumpulan pemberontak memperhebat tindakan balas dendam mereka mengakibatkan dua anggota pertahanan sukarela terkorban dan lapan yang lain cedera dalam satu lagi serangan bom di Pattani pada Ahad.

Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Ek-Kapop Prasit-Tiwattanachai berkata, sebutir bom meletup dekat sederet rumah kedai di bandaraya Pattani pada 11.50 pagi.

Beberapa buah kedai dan kenderaan rosak akibat letupan itu.

Katanya, mereka yang cedera terdiri daripada seorang anggota pertahanan sukarela, dua pekerja kedai dan lima orang awam.

Terdahulu, empat butir bom menggegar bandaraya Pattani enam jam selepas 7 malam Sabtu, mengakibatkan seorang awam cedera dan empat unit bangunan perniagaan dijilat api.

Ek-Kapop percaya letupan bom itu merupakan tindak balas pemberontak berikutan kematian 16 rakan mereka ketika menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat pada 13 Februari. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan