Meteor Terhempas Di Rusia: Angka Kecederaan Meningkat

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar dari kamera video yang dirakam dari dalam kereta menunjukkan pergerakan lintasan meteor melalui langit di bandar Chelyabinsk, kira-kira 1,500 kilometer (930 batu) dari timur Moscow. -Foto AP / AP Video
Gambar dari kamera video yang dirakam dari dalam kereta menunjukkan pergerakan lintasan meteor melalui langit di bandar Chelyabinsk, kira-kira 1,500 kilometer (930 batu) dari timur Moscow. -Foto AP / AP Video

MOSCOW: Kira-kira 1,000 orang dilaporkan cedera apabila meteor dari angkasa terhempas di bandar Chelyabinsk, Ural, Rusia pagi Jumaat, waktu tempatan.

Angka terkini kecederaan disahkan Jabatan Kesihatan Chelyabinsk yang turut mengesahkan kecederaan melibatkan 200 kanak-kanak.

Kebanyakan mengalami kecederaan akibat terkena serpican kaca yang pecah daripada letupan bola api yang terhempas di bangunan dan kawasan perumahan.

Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

Itar-Tass, agensi berita rasmi melaporkan cahaya terang berwarna putih kelihatan di langit untuk beberapa saat diikuti bunyi letupan yang sangat kuat.

Dilaporkan bahawa letupan berpusat di 50 batu (80 kilometer) di bandar Satka, Chelyabinsk.

Kuasa perlanggaran meteor dianggarkan seberat 11 tan metrik dan bergerak pada kelajuan 54,000 kilometer sejam.

Dilaporkan meteor jatuh ke dalam sebuah tasik berhampiran bandar Chebakul, 60 kilometer dari Chelyabinsk.

Letupan mengejutkan itu menyebabkan trafik dan komunikasi mudah alih tergendala.

“Pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan,” kata pegawai kecemasan, Yuri Burenko dalam satu kenyataan.

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), dalam satu kenyataan berkata, asteroid dikenali sebagai 2012 DA14 itu telah dijangka memasuki atmosfera bumi hari ini.

“Pemantauan telah dilakukan sejak 15 tahun lalu. Namun lokasi tepat objek itu jatuh tidak dapat dipastikan,” katanya.

Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan acara Tunguska yang terkenal tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820km persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island.

Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan