Bekas PM Singapura Masuk Hospital, Disyaki Alami Serangan Iskemia Transien

Diterbitkan: Sabtu, 16 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lee Kuan Yew
Lee Kuan Yew

SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) pada Sabtu selepas disyaki mengalami serangan iskemia transien yang dikaitkan dengan masalah pemfibrilan atrium berpanjangan atau gangguan kadar denyutan jantung.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, bekas menteri mentor itu telah pulih daripada serangan itu tetapi akan ditahan dalam wad bagi pemerhatian untuk beberapa hari bagi membolehkan doktor melaraskan ubatnya.

Serangan iskemia transien berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak terhenti buat seketika menyebabkan pesakit kemudian mengalami simpton seperti strok.

Bagaimanapun, simptom strok itu akan hilang dalam tempoh kurang 24 jam.

Lee, 89, menjadi perdana menteri Singapura dari 1959 hingga 1990.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan