Hujan Lebat Ragut 23 Nyawa Di Bolivia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LA PAZ: Pihak berkuasa Bolivia melaporkan hujan lebat yang berlaku baru-baru ini meragut sekurang-kurangnya 23 nyawa.

Timbalan Menteri Pertahanan Awam Oscar Cabrera berkata pada Khamis empat ahli keluarga ditemui mati apabila air sungai berhampiran melimpah hujung minggu lalu di wilayah selatan Chuquisaca.

Pada Isnin pula, seorang dilaporkan meninggal dunia apabila sebuah jambatan runtuh di selatan La Paz.

Cabrera berkata, Presiden Bolivia Evo Morales, sedang mempertimbangkan bagi mengeluarkan pengistiharan darurat pada Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan