‘Blade Runner’ Pistorius Didakwa Bunuh Teman Wanita - Berita Dunia | mStar

‘Blade Runner’ Pistorius Didakwa Bunuh Teman Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 15 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pistorius diiringi pegawai polis kerana dituduh membunuh kekasihnya, Reeva Steenkamp.
Pistorius diiringi pegawai polis kerana dituduh membunuh kekasihnya, Reeva Steenkamp.

PRETORIA: Bintang trek Olimpik dan Paralimpik Afrika Selatan yang diberi gelaran sebagai ‘Blade Runner’ sebak pada Jumaat selepas secara rasmi didakwa di mahkamah Pretoria kerana membunuh teman wanitanya.

Berpakaian sut warna gelap, atlet itu berdiri dengan menganggukkan kepala di hadapan Majistret, Desmond Nair yang membaca pendakwaan terhadapnya.

Beliau mula menangis, menutup mukanya dengan kedua-dua tangannya.

“Bertenang. Sila duduk,” kata Nair kepada Pistorius.

Bintang itu mula membanggakan negara sebagai “lelaki tanpa kaki terpantas” dan menjadi wira atas kemenangannya bersaing dengan atlet normal pada acara sukan peringkat tertinggi.

Teman wanitanya, Reeva Steenkamp, seorang model berusia 30 tahun, ditemui ditembak mati di kediaman mewahnya di Pretoria pada awal pagi Khamis, kata polis.

Akhbar berbahasa Afrika berkata, wanita itu telah ditembak sebanyak empat kali, di kepala, di dada, pelvis dan tangan.

“Pengawal keselamatan menemui Pistorious dengan mayat Steenkamp di bilik mandi,” kata akhbar itu di laman webnya.

“Pintu itu telah didapati mempunyai beberapa lubang yang ditembusi peluru,” kata akhbar itu lagi.

Laporan awal mengenai insiden tembakan pada awal pagi Khamis itu kemungkinan disebabkan kesilapan yang mengandaikan Steenkamp sebagai penceroboh, tetapi polis berkata, jiran-jiran mendengar bunyi bising sebelum tembakan berlaku dan berlaku beberapa insiden “dalaman” di rumah itu sebelum ini.

Pistorius ditahan di balas polis Pretoria.

Pada pagi Jumaat, beliau diiringi oleh anggota keluarga dan para pegawai ke balai polis wagon untuk dibawa ke mahkamah majistret di bandar itu.

Perbicaraan kes tertunda selama dua jam berikutan peguam belanya membuat bantahan terhadap wartawan tempatan dan antarabangsa yang begitu ramai memasuki ke kamar perbicaraan dalam mahkamah. - REUTERS

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan