Mayat Ditemui Dalam Kabin Hangus Dipercayai Individu Paling Dikehendaki Di AS

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIG BEAR, California: Misi pemburuan luar biasa terhadap seorang bekas pegawai polis Los Angeles yang disyaki terlibat dalam tiga pembunuhan terjawab pada Selasa di sebuah kabin bukit di mana lelaki itu dipercayai mengurung dirinya sendiri di dalamnya, dan terlibat dalam insiden tembakan yang membunuh seorang timbalan dan kemudian rumah itu dinyalakan api.

Satu das tembakan didengari dari bahagian dalam kabin, dan mayat yang hangus terbakar dijumpai.

Jika seorang lelaki di dalamnya dapat dibuktikan sebagai Christopher Dorner, pencarian seorang lelaki yang amat dikehendaki di Amerika Syarikat (AS) tamat pada minggu lepas diakhiri seperti yang dijangkakannya iaitu kematian, ketika diburu pihak polis.

Beribu-ribu pegawai polis menyertai pemburuan bekas askar simpanan bagi tentera laut sejak polis menyatakan bahawa mereka akan melancarkan kempen untuk menentang Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) atas pemecatannya.

Mereka berkata, dia diancam untuk membawa “keganasan” kepada para pegawai dan keluarga, sehingga menimbulkan kebimbangan dan memulakan pencariannya di seluruh barat daya AS dan Mexico.

“Cukup adalah cukup. Ini adalah masa untuk menghentikan pertumpahan darah,” kata Komander LAPD, Andrew Smith pada sidang media di luar ibu pejabat polis di Los Angeles. - AP

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan