34,000 Tentera AS Akan Tinggalkan Afghanistan - Obama

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barack Obama. Foto AFP
Barack Obama. Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengumumkan bahawa seramai 34,000 tentera AS akan meninggalkan Afghanistan pada tahun depan dan berikrar untuk mengakhiri konflik berdarah di sana menjelang akhir 2014.

“Selepas sedekad berlakunya peperangan yang memeritkan, lelaki dan wanita berani kita yang beruniform akan kembali pulang,” kata Obama, yang mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada anggota-anggota Parlimen.

Saat yang dinantikan sejak lama itu merupakan sebahagian daripada 66,000 pasukan tentera AS yang kuat di Afghanistan, sebagai tentera NATO bersedia untuk menyerahkan kawalan untuk operasi keselamatan kepada kira-kira 352,000 pasukan keselamatan Afghanistan.

“Kita boleh katakan dengan yakin bahawa AS akan menyempurnakan misinya di Afghanistan, dan mencapai objektif kita untuk mengalahkan pangkalan AL-Qaeda,” kata Obama, yang memuji pengorbanan tentera sejak 2001.

“Saya boleh mengumumkan bahawa sehingga tahun depan, 34,000 tentera AS akan kembali ke tanah air dari Afghanistan,” kata Obama.

“Pengurangan (bilangan tentera) ini akan berterusan. Dan menjelang akhir tahun depan, peperangan kita di Afghanistan akan berakhir,” katanya lagi. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan