17 Pemberontak Terbunuh Di Narathiwat

Diterbitkan: Rabu, 13 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Tujuh belas pemberontak maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat awal Rabu.

Komander Tentera Laut Narathiwat, Kolonel Somkiat Ponprayoon berkata, kira-kira 50 pemberontak yang dilengkapi senjata dan berpakaian seragam tentera dengan jaket kalis peluru daripada kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) menyerbu kem kecil yang mempunyai 50 pegawai dan anggota pada pukul 1 pagi.

"Kami telah menjangka serangan mereka itu dan kami dalam keadaan cukup bersedia dengan bantuan 60 komando.

"Kami mengetahui rancangan mereka apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah seorang anggota BRN yang maut ketika berbalas tembak dengan pihak berkuasa di Saiburi, Bachok, Pattani, dua hari lepas. Kami menemui catatan mengenai rancangan serangan hendap itu," katanya.

Pertempuran bersenjata itu berlangsung selama antara dua hingga tiga jam di kem di Kampung Jelor, Bachok, Narathiwat.

Somkiat berkata, seorang daripada pemberontak yang maut dikenali sebagai Matroso Chantarawadi, seorang daripada pemimpin BRN yang paling dikehendaki dengan tawaran imbuhan 2 juta Baht (RM200,000).

Keadaan anggota tentera yang terlibat dalam pertempuran itu masih tidak diketahui.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Narathiwat Rachanakarin.

Ini adalah kematian paling tinggi membabitkan pemberontak sejak tahun kebelakangan ini apabila selama ini anggota tentera, polis dan orang awam menjadi mangsa serangan pemberontak dengan jumlah kematian yang kecil membabitkan kumpulan pemberontak.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah menggerakkan semula gerakan bersenjata untuk menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah selatan Narathiwat, Pattani dan Yala sejak sembilan tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan