Lima Askar Terbunuh Dalam Serangan Bom Di Selatan Thailand - Berita Dunia | mStar

Lima Askar Terbunuh Dalam Serangan Bom Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Ahad, 10 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Lima anggota tentera terbunuh dalam serangan bom di Kampung Kubae Talak, Thatong, Reman, Yala, Ahad.

Ketua polis Thatong Lt Kol Topan Pusantiar berkata dalam kejadian itu, bom seberat 50kg yang dipasang pada sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan diletupkan apabila sebuah trak membawa enam anggota tentera melintasinya pada pukul 7.10 pagi.

Kesemua anggota tentera berkenaan tercampak keluar akibat letupan itu.

"Selepas itu, 10 anggota militan berpakaian renjer menembak mereka dari jarak dekat, mengakibatkan lima anggota tentera maut dan seorang cedera. Mereka juga merampas senjata anggota tentera terbabit," katanya.

Ketua Polis itu berkata anggota militan juga menebang pokok untuk merintangi laluan ke tempat kejadian bagi menghalang operasi bantuan.

Katanya anggota tentera yang cedera itu kini dirawat di Hospital Yala.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta yang digunakan dalam serangan itu dicuri daripada guru besar Sekolah Kampung Bangol, yang ditembak mati oleh militan Disember lepas.

Lebih 5,000 orang maut sejak puak pemisah dipercayai melancarkan kempen bersenjata untuk menuntut kemerdekaan wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand sembilan tahun lepas.-- BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan