Penjawat Awam Sudah Meninggal Dunia Dinaikkan Pangkat di Aceh

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang lelaki yang sudah meninggal dunia setahun adalah antara 422 pegawai perkhidmatan awam dinaikkan pangkat oleh Kerajaan Petadbiran Aceh baru-baru ini, mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

Kesilapan itu hanya disedari setelah surat keputusan kenaikan pangkat para pegawai berkenaan yang dikeluarkan itu, didapati mengandungi nama Rahmad Hidayat, yang sudah meninggal dunia.

"Kami terperanjat ada nama Rahmad Hidayat dalam pelantikan itu, padahal dia sudah meninggal dunia pada Januari 2012. Kami tidak tahu penyakitnya, tetapi Allahyarham pernah mengalami pendarahan otak," kata seorang rakannya yang enggan menyebut nama, lapor akhbar harian Kompas, Jumaat.

Ketua Badan Perjawatan Pendidikan dan Latihan (BKPP) Aceh, Nasrullah yang mengesahkan kesilapan itu, percaya ia berlaku kerana pihak yang mencadangkan kenaikan pangkat pegawai itu tidak mengetahui bahawa beliau sudah meninggal dunia.

Ketua Badan Perundangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Aceh, Abdullah Saleh berkata kesilapan yang berlaku itu mencerminkan buruknya sistem pentadbiran pegawai dan makanisme BKPP Aceh dan perkara itu mengecewakan orang ramai dan DPR Aceh. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan