Iran Tolak Tawaran Rundingan AS

Diterbitkan: Jumaat, 8 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei semalam menolak menolak tawaran rundingan secara langsung yang dibuat Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden minggu ini dengan menyifatkan ia tidak akan menyelesaikan masalah antara kedua negara itu.

"Sesetengah orang yang terlalu naif suka akan idea rundingan bersama Amerika, namun rundingan tidak akan menyelesaikan masalah,’’ kata Khamenei semasa berucap kepada pegawai dan ahli pasukan Aeroangkasa Iran," lapor IRIB.

"Sekiranya ada orang yang mahukan undang-undang AS supaya diwujudkan di Iran, rakyat negara ini akan bangkit menentang mereka,"’’ katanya. - REUTERS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan