Gempa Sederhana Gegar Utara Sumatera

Diterbitkan: Khamis, 7 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan utara Sumatera, Indonesia pada pukul 8.41 pagi, Khamis.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, berkata gegaran berpusat di 35 km tenggara Sibolga dan 330 km dari arah barat daya Klang, Selangor.

Menurut kenyataan itu, jabatan berkenaan akan mengeluarkan maklumat tambahan hasil penilaian awalnya berhubung kejadian gempa tersebut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan