Empat Pemborong Durian Mati Ditembak Di Yala

Diterbitkan: Rabu, 6 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Empat pemborong durian termasuk seorang wanita mati ditembak sekumpulan tujuh lelaki bersenjata di rumah sewa mereka di pekan Krongpinang, Yala, Selasa.

Pegawai kanan polis Krongpinang Lt Anurak Ningsra berkata mangsa yang berusia antara 25 dan 37 tahun itu diikat oleh kumpulan lelaki tersebut sebelum ditembak di kepala dalam kejadian pukul 5 pagi.

Rumah sewa itu terletak kira-kira 300 meter dari balai polis Krongpinang.

Polis melihat motif pembunuhan itu dari dua sudut iaitu kebangkitan semula golongan pemisah dan juga kemungkinan saingan perniagaan memandangkan mangsa berasal dari Rayong dan membeli durian di kawasan ini, katanya.

Lebih 5,000 terkorban sejak golongan pemisah menyambung semula gerakan bersenjata mereka bagi menuntut kemerdekaan wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat sembilan tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan