Gempa Bumi Kuat Landa Utara Jepun - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Jepun

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegar utara Jepun malam Ahad menyebabkan gegaran dirasai di seluruh pulau Hokkaido.

Namun pihak berkuasa mengesahkan gempa bumi itu tidak mengakibatkan tsunami atau sebarang kerosakan.

Data Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa itu didahului dengan amaran awal menerusi televisyen dan radio melanda bandar Obihiro pada kedalaman 103 kilometer pada pukul 11.17 malam (waktu tempatan).

Agensi Meteorologi Jepun pula berkata, tiada amaran tsunami akibat daripada gempa berkenaan dan stesen televisyen NHK melaporkan polis di Hokkaido memaklumkan tiada laporan kerosakan atau kecederaan.

Gangguan bekalan elektrik turut berlaku di beberapa kawasan dan sejumlah laluan lebuh raya ditutup.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan