Enam Terselamat Pesawat Terhempas Di Pantai Venezuela

Diterbitkan: Isnin, 4 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CARACAS: Seorang maut dan enam lagi termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila sebuah pesawat kecil terhempas berdekatan pantai Venezuela pada Ahad.

Menteri Dalam Negeri, Nestor Reverol berkata, pesawat Beechcraft BE58 itu terhempas di timur bandar Cumana.

Beliau berkata, juruterbang memaklumkan pesawat tersebut mengalami masalah berikutan kerosakan di kedua-dua enjin dan terhempas ke dalam air.

Katanya, nelayan menemui bangkai pesawat itu di Teluk Cariaco.

Mangsa yang maut ialah wanita berusia 62 tahun manakala mereka yang terselamat termasuk dua kanak-kanak sedang dirawat di hospital.

Pesawat itu berlepas dari Puerto Ordaz ke Pulau Margarita Venezuela ketika terhempas.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan