Pengebom Kedutaan AS Di Turki Pernah Disabit Kesalahan Pengganas

Diterbitkan: Ahad, 3 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANKARA, Turki: Pengebom berani mati yang melancarkan serangan terhadap Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Ankara pernah dihukum penjara lima tahun atas dakwaan pengganasan tetapi dibebaskan selepas mengalami kecelaruan otak, kata pegawai pada Sabtu.

Pengebom itu, yang dikenal pasti sebagai anggota militan sayap kiri berusia 40 tahun, Ecevit Sanli, membunuh dirinya sendiri dan seorang pengawal keselamatan rakyat Turki pada Jumaat, di mana menurut pegawai AS ia adalah insiden serangan pengganas.

Sanli ketika itu mempunyai senjata dan turut membawa bom tangan, kata pegawai.

Bendera AS dikibarkan separuh tiang dan tahap keselamatan di kedutaan itu dipertingkatkan.

Polis menutup jalan di hadapan bahagian pemeriksaan keselamatan di mana letupan berlaku.

Kenderaan polis turut diletakkan di jalan-jalan di sekeliling bangunan itu. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan