Pembayaran Elektronik Guna Kad Kredit Buat Julung Kali Di Myanmar

Diterbitkan: Sabtu, 2 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YANGON: Syarikat penyedia perkhidmatan kad kredit gergasi Amerika Syarikat (AS), Visa melancarkan pembayaran elektronik di Myanmar pada Jumaat, menjadikan ia sebagai buat julung kali bagi pengenalan ‘kad plastik’ di negara itu yang kini hanya bergantung kepada ekonomi tunai.

Sejak bertahun-tahun, pelawat yang berkunjung ke Myanmar perlu membawa wang tunai untuk membayar bil hotel dan restoran, berikutan persetujuan AS terhadap bekas pentadbir majlis negara yang menyekat firma perkhidmatan kewangan AS daripada memasuki negara itu.

Bagaimanapun, Myanmar memulakan proses perubahan dengan mengurangkan sekatan pada tahun lepas dan menyebabkan sektor pelancongan meningkat, yang mencatatkan sejuta pelawat asing berkunjung ke negara itu pada 2012, sekali gus memberi tekanan kepada Myanmar terhadap permintaan kepada pembayaran tanpa tunai.

Pelanggan Visa kini boleh menggunakan kad kredit dan debit di rangkaian niaga terpilih, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, walaupun hanya satu restoran yang tersenarai sebagai permulaan kepada kaedah pembayaran itu.

Syarikat itu, pada Disember lalu memulakan jaringan ATM di seluruh negara, dengan bekerjasama dengan Bank Myanmar Oriental bagi proses pembayaran, kata kenyataan itu lagi. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan