Populasi Keturunan Latin Amerika Akan Jadi Etnik Majoriti Di California Dalam Tempoh Setahun Lagi

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Jumlah keturunan Latin Amerika akan melebihi jumlah penduduk kulit putih di negeri California menjelang awal tahun depan sekaligus mencatat sejarah baru di Amerika Syarikat.

Jumlah mereka dijangka akan menyamai keturunan kulit putih menjelang pertengahan tahun ini, demikian menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kewangan Negeri California.

Dan menjelang awal tahun depan, populasi keturunan Hispanik ini akan menjadi kumpulan majoriti di California untuk pertama kalinya dalam sejarah sejak California menjadi sebahagian daripada Amerika.

California adalah negeri yang paling padat dengan penduduk di Amerika dan jika ia adalah sebuah negara yang merdeka, ekonominya adalah yang kelapan atau kesembilan terbesar di dunia.

Keseluruhannya populasi negeri itu akan mencecah sehingga 52.7 juta orang iaitu 40 peratus melebihi jumlah yang ada sekarang.

California bersetuju untuk menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1850 iaitu negeri yang ke-31, dua tahun selepas tamatnya perang antara Amerika dengan Mexico.

Sebelum itu ia adalah sebuah wilayah yang merdeka - dari penjajahan Sepanyol.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan