Pengerusi Samsung Menang Kes Tuntutan Keluarga RM12.43 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-Hee menang dalam kes mahkamah pada Jumaat terhadap tuntutan daripada adik-beradiknya supaya menyerahkan berbilion dolar saham dalam beberapa syarikat Samsung Group.

Mahkamah membenarkan Lee untuk mengekalkan kesemua pegangan sahamnya dalam konglomerat gergasi itu di mana anggota keluarganya telah mendakwa beliau menyembunyikan daripada mereka berikutan kematian bapa Lee dan pengasas Samsung, Lee Byung-Chul.

Jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepada Lee, 71, ia akan menyebabkan satu penstrukturan semula yang rumit bagi pegangan saham di seluruh entiti syarikat kumpulan dan melemahkan pegangannya dalam konglomerat gergasi itu.

Pihak menuntut yang utama adalah abang Lee, Lee Maeng-Hee, kakaknya, Lee Suk-Hee dan anak-anak bagi seorang lagi abangnya.

Mereka menyatakan bahawa selepas kematian bapa mereka pada 1987, Lee telah mengambil alih saham yang bernilai kira-kira AS$4 bilion (RM12.43 bilion) dalam Samsung Electronics dan Samsung Life Insurance yang telah dinamakan di bawah beberapa nama orang lain termasuk beberapa eksekutif Samsung. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan