Bintang Bollywood Salman Khan Hadapi Dakwaan Homisid

Diterbitkan: Jumaat, 1 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salman Khan. Foto AP
Salman Khan. Foto AP

MUMBAI: Seorang peguam negara berkata, bintang filem India, Salman Khan akan dibicarakan atas homisid berikutan dakwaan penglibatan beliau dalam satu kemalangan jalan raya lebih 10 tahun lalu.

Jika disabitkan bersalah, beliau berhadapan dengan penjara maksimum 10 tahun.

Peguam Salman Khan iaitu Deepesh Mehta berkata, seorang majistret pada Khamis menerima rayuan oleh pendakwa raya bahawa beliau perlu didakwa kerana homisid daripada menyebabkan kematian kerana kecuaian, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Seorang lelaki terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila Salman Khan didakwa memandu keretanya dan merempuh sekumpulan gelandangan yang tidur di laluan pejalan kaki di Bombay pada September 2002.

Perbicaraan Salman Khan bermula 11 Mac ini.

Mahkamah India begitu terkenal menangguhkan perbicaraan dan ia boleh mengambil masa beberapa tahun untuk diselesaikan. - AP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan