Dua Maut Dalam Ribut Kencang Di AS

Diterbitkan: Khamis, 31 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGIA: Ribut kencang yang melanda tenggara Amerika Syarikat mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terkorban.

Puting beliung dan angin berbahaya menyebabkan kenderaan terbalik di kawasan sekitar Georgia dan memusnahkan kediaman serta perniagaan.

Di barat laut Georgia pula, ribut menyebabkan kenderaan di laluan Interstate 75 terbalik mengakibatkan lebuh raya terbabit ditutup.

Sementara itu, seorang terbunuh dan sembilan lagi mengalami kecederaan ringan. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan