Thailand Dapatkan Pandangan Dr Mahathir Mengenai Konflik Di Selatan

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kerajaan Thailand akan mendapatkan pandangan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan Thailand yang berlanjutan selama sembilan tahun.

Timbalan Perdana Menteri Chalerm Yubamrung pada Rabu berkata beliau akan menemui Dr Mahathir di Langkawi untuk tiga hari bermula 4 Februari.

"Kami akan mendapatkan pandangan beliau dalam membantu menyelesaikan masalah itu," katanya kepada pemberita di sini.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan yang disyaki pemisah menggerakkan semula gerakan bersenjata menuntut kemerdekaan untuk tiga wilayah selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala sejak sembilan tahun lepas.

Kerajaan Thailand membelanjakan lebih 180 bilion Baht (kira-kria RM18 bilion) memerangi pemberontak sejak keganasan kembali berlaku di wilayah sempadan selatan pada 2004.

Charlem berkata beliau juga akan membincangkan konflik selatan Thailand dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila beliau melawat negara ini pada 21 Februari.

Terdahulu awal bulan ini, Charlem ketika melawat Malaysia, mengadakan perbicangan serupa dengan Hishammuddin. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan