Istana Presiden Somalia Dibom, Dua Maut

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOGADISHU: Pengebom berani mati meletupkan bahan letupan di pekarangan istana presiden di Somalia pada Selasa, menyebabkan dua orang terbunuh.

Pegawai polis, Mohamed Ali, berkata individu berkenaan meletupkan dirinya selepas anggota tentera menjalankan pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan di pusat pemeriksaan kompleks istana yang dikenali sebagai Villa Somalia.

Villa Somalia mempunyai kawasan yang besar dengan dipenuhi beberapa bangunan dan pusat pemeriksaan.

Ali berkata, jarak kejadian itu berlaku agak jauh dari kediaman rasmi Presiden Hassan Sheikh Mohamud. Dimaklumkan, pada ketika itu presiden akan ke luar negara bagi urusan rasmi. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan