Gillard Umum Pilihan Raya Australia 14 September

Diterbitkan: Rabu, 30 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Julia Gillard
Julia Gillard

CANBERRA: Perdana Menteri Julia Gillard membuat kejuatan pada Rabu dengan mengumumkan tarikh plihan raya Australia pada 14 September depan.

Sebelum ini secara tradisinya, kerajaan memerintah memberi tempoh notis sekurang-kurangnya sebulan kepada pembangkang sebelum mengumumkan pilihan raya.

Pengumuman itu dibuat Gillard ketika berucap di National Press Gallery.

Gillard berkata, beliau mahu memperkenalkan satu persekitaran yang selesa kepada pengundi supaya mereka lebih fokus kepada isu nasional serta mengelak keadaan tidak menentu mengenai teka-teki tarikh pilihan raya.

“Saya memutuskan ini (tarikh pilihan raya) supaya kerajaan dan ahli Parlimen Australia boleh berkhidmat tiga tahun penuh penggal pentadbiran.

"Jadi ia jelas bila pilihan raya akan dijalankan," katanya. AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan