Tanah Runtuh Di Agam, Sumatera Barat: 12 Mayat Sudah Ditemui, Lapan Masih Hilang

Diterbitkan: Selasa, 29 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pasukan pencari dan penyelamat pada Isnin menemui satu lagi mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di daerah Agam, Sumatera Barat menjadikan jumlah korban kepada 12 orang setakat ini.

Jurucakap Pejabat Daerah Agam berkata mayat wanita berusia 50 tahun ditemui pada pukul 11 pagi dan pencarian terhadap lapan lagi mangsa yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jorong Data Kampuang Dadok Nagari Sungai Batang, di daerah kecil Tanjung Raya itu, diteruskan.

Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, tentera, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan orang ramai, dibantu oleh anjing pengesan dan jentera berat dalam operasi itu.

Tanah runtuh pada awal pagi Ahad berikutan hujan lebat, mengakibatkan sejumlah 20 orang penduduk dipercayai tertimbus dan setakat ini 12 mayat telah ditemui.

Enam orang penduduk cedera dalam peristiwa itu yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 15 buah rumah penduduk tertimbus. Sebahagian daripada kawasan sawah di perkampungan itu turut tertimbus oleh runtuhan tanah itu.

Dalam satu lagi kejadian tanah runtuh pada Sabtu malam di kawasan perlombongan geothermal milik syarikat minyak nasional Pertamina di Desa Lempur Tengah, daerah kecil Gunung Raya, di Kerinci, Jambi, Sumatera, lima orang mangsa mati tertimbus manakala empat yang lain cedera. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan