Tiga Maut Dalam Bencana Banjir Di Timur Laut Australia

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Tiga orang maut manakala berpuluh-puluh lagi diselamatkan dari bumbung rumah dan kereta yang terkandas dalam bencana banjir yang melanda timur laut Australia.

Mayat dua lelaki yang dibawa arus deras ditemui pada Isnin masing-masing di Brisbane, Queensland dan utara Gympie.

Sementara itu, mayat seorang lelaki tua terlebih dahului dijumpai di Bundaberg.

Seorang wanita mengandung dan anaknya berusia tiga tahun dikejarkan ke hospital selepas sebatang pokok besar tumbang menghempap mereka ketika sedang berjalan-jalan di Brisbane, awal pagi Isnin.

Kedua-duanya mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Pelbagai usaha menyelamat dilakukan termasuk menggunakan helikopter memandangkan paras air semakin naik.

Ketua Menteri Queensland, Campbell Newman berkata, empat bandar ditenggelami banjir berikutan sisa ribut tropika Oswald yang membawa hujan lebat di beberapa kawasan pesisir pantai wilayah itu.

Kira-kira 1,200 rumah ditenggelami air di Bundaberg sehingga memaksa puluhan penduduk naik ke atas bumbung sementara menunggu bantuan keselamatan.

Seramai 18 orang berjaya diselamatkan pada pagi Isnin manakala sekurang-kurangnya 12 lagi masih menunggu bantuan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan