Thailand Catat Rekod Terima 22.3 Juta Pelancong Tahun Lepas - Berita Dunia | mStar

Thailand Catat Rekod Terima 22.3 Juta Pelancong Tahun Lepas

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Thailand buat pertama kalinya memecah rekod apabila mencatat kedatangan pelancong sebanyak 22.3 juta orang tahun lepas, iaitu peningkatan 15.9 peratus berbanding 2011.

Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) Suraphon Svetasreni berkata peningkatan itu hasil kerjasama dan kreativiti industri pelancongan Thailand, secara keseluruhannya.

Katanya usaha juga dilakukan bagi memastikan industri pelancongan kekal sebagai industri utama untuk mewujudkan pekerjaan, pengagihan pendapatan negara dan sumbangan kepada kebudayaan, warisan dan pemeliharaan alam sekitar.

"Penyumbang utama kepada hasil ini berikutan keamanan dan kestabilan di peringkat global, serantau dan setempat," katanya dalam satu kenyataan.

Pelawat dari Asia Timur seramai 12.5 juta, Eropah (5.6 juta), Amerika Syarikat (satu juta), Asia Selatan (1.2 juta), Oceania (satu juta), Timur Tengah (604,659) dan Afrika (161,853).

Malaysia merupakan sumber kedua utama ketibaan pelancong dengan 2.5 juta di belakang China dengan 2.7 juta pelancong.

"TAT yakin sekiranya situasi global, serantau dan tempatan kekal stabil, Thailand akan menyaksikan kedatangan pelancong seramai 24.5 juta, menjana pendapatan pelancongan dianggarkan bernilai 1.1 bilion bath (kira-kira RM114 bilion), katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan