232 Maut Dalam Tragedi Kebakaran Kelab Malam Di Brazil

Diterbitkan: Isnin, 28 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANTA MARIA: Sekurang-kurangnya 232 orang maut apabila sebuah kelab malam yang dipenuhi pelajar universiti terbakar di bandar Santa Maria, selatan Brazil awal pagi Isnin.

Mangsa yang terselamat berkata, mereka berlari menyelamatkan diri ketika api marak dalam kelab yang sesak di bandar universiti itu menyebabkan sejumlah besar daripada mereka dipijak dan sesak nafas akibat terhidu asap tebal.

Sementara itu, kira-kira 131 orang mengalami kecederaan dan angka kematian akibat kebakaran tersebut meningkat ketika anggota bomba mengeluarkan mayat daripada sisa kebakaran kelab "Kiss" dipercayai sesak dengan beratus-ratus pengunjung.

Kejadian itu dipercayai paling buruk berlaku dalam tempoh lebih 10 tahun sejak kebakaran di pusat membeli-belah dan disko di tengah bandar Luoyang, China yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban pada 2000.

Seorang mangsa yang terselamat, Michelle Pereira berkata, kebakaran bermula apabila seorang ahli kugiran melambung mercun di udara menyebabkan kebakaran di bahagian siling dan api terus marak di seluruh kelab malam terbabit.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan