Kerajaan China Potong 40 Minit Filem AS "Cloud Atlas"

Diterbitkan: Khamis, 24 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Pihak berkuasa China memotong 40 minit dari filem epik Amerika Syarikat "Cloud Atlas" selepas tayangan perdananya pada Rabu.

Menurut Post Fajar Xiaoxiang, hampir satu perempat daripada filem itu diarahkah ditapis sebelum ditayangkan kepada penduduk di negara tersebut.

Perkara tersebut diambil serius selepas filem terbaru "James Bond: Skyfall" yang ditayangkan minggu lalu mendorong kekecewaan pelbagai pihak dan mendapat kritikkan media di China.

"Cloud Atlas" berdurasi selama 172 minit dalam versi asal ditayangkan di Amerika Syarikat. Tetapi selepas tapisan daripada Pentadbiran Negeri Filem Radio dan Televisyen China (SARFT) ianya tidak lebih dari dua jam.

Beberapa adegan yang dipadam termasuk adegan bogel. Malah sebuah akhbar Zhejiang Express menyenaraikan filem tersebut sebagai filem yang lemah dan plot yang mengelirukan.

Filem tersebut akan berada di pawagam di China minggu depan selepas pembukaan di Amerika Syarikat pada bulan Oktober lalu.

Pegawai SARFT tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.-AFP

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan