15,000 Buaya Terlepas Bebas Dari Ladang Di Afrika

Diterbitkan: Khamis, 24 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHANNESBURG: Sekitar 15,000 buaya telah berpindah dari sebuah ladang di Afrika Selatan ketika hujan lebat dan banjir, lapor BBC pada Khamis.

Haiwan tersebut difahamkan keluar dari Crocodile Farm Rakwena apabila pemilik ladang tersebut terpaksa membuka pintu ladang bagi menghalang ribut.

Beberapa ekor daripadanya berjaya ditawan semula, tetapi sekurang-kurangnya separuh kekal berkeliaran dengan bebas.

Daerah sekitar wilayah Limpopo telah dilanda banjir yang serius dan mengakibatkan 10 orang terbunuh. -AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan